Kelebihan menyimpan emas dalam akaun GAP ini, jika ingin
jual semula emas kepada PG, kita boleh terus lakukan proses jualan secara
online sahaja. Langkah ini sangat mudah dan menjimatkan masa. Kita tidak perlu
keluarkan emas dalam bentuk fizikal sebaliknya boleh terus buat jualan dan
dalam masa 2 -3 hari, kita akan terima bayaran yang di masukkan terus ke dalam
akaun kita oleh pihak PG. Caranya bolehlah ikuti langkah di bawah.
RIDUAN SALLEH
Rabu, 9 Mac 2016
Sabtu, 20 Februari 2016
Cara Mulakan Simpanan Emas Dengan Modal Yang Rendah
Biasanya bila kita ajak
kawan-kawan untuk buat simpanan emas, ramai yang berkerut sebab bagi mereka nak
beli emas ini mahal. Saya tak salahkan
mereka sebab kemungkinan besar mereka tidak arif dengan hal ini. Sebenarnya
kita bukan beli pun emas, kita Cuma tukarkan duit kita kepada bentuk emas.
Sebabnya emas itulah ‘the real money’.
Emas ini pelindung kepada nilai duit yang kita ada supaya tidak susut
nilainya dimakan waktu. Ini cabarannya untuk
kita tukar persepsi bahawa simpan emas itu jauh lebih baik berbanding simpan
wang fiat. Jika bank-bank pun simpan
emas sebagai rizab mereka, kenapa kita pula tak mahu lindung dan insurankan
simpanan kita? Dan duit kita itu tidak
hangus macam kita beli kereta atau benda lain yang pasti susut nilainya.
Analisis Hishamuddin Rais Tentang Langkah Amerika Untuk Kekal Berkuasa
Salam buat pembaca budiman, saya ingin kongsikan satu artikel yang baik
tulisan saudara Hishamuddin Rais, seorang aktivis yang sentiasa peka dengan
politik dunia dan tempatan. Saya kongsikan ini bukan sebab nak sebarkan
sebarang dakyah politik tetapi hendak bawa kita semua sekurang-kurangnya faham
mengapa Amerika begitu bersungguh hendak kekalkan kuasanya dan mengapa kita
harus berhati-hati dengan kelemahan wang fiat. Jika anda fahami artikel ini,
tentu anda tidak akan tertangguh lagi untuk mulakan simpanan 'the real money'
iaitu emas. Jemput baca ya. Semoga kita semua diberi kefahaman dan
dipermudahkan urusan untuk langkah pertama kita.
Rabu, 17 Februari 2016
Menyimpan Emas Dan Menjana Pendapatan Sebagai Dealer Public Gold
Saya bermula sebagaimana orang
lain juga. Mencari jawapan bagi simpanan
emas yang terbaik. Alhamdulillah, Allah
mudahkan saya dengan terjumpa blog Mentor emas saya Tuan Zulkifli Shafie. Di situ banyak sekali persoalan tentang emas
yang dapat saya temukan. Akhirnya saya
mulakan dengan pembelian emas pertama saya di Public Gold dengan belajar Lock
sendiri emas di website hasil panduan yang diberikan dalam blog Tuan
Zulkifli. Masa tu, saya cuma buat
pembelian goldbar 1 gram. Harganya rm
200, sedikit mahal berbanding membeli dengan cara Gold Accumulation Program(GAP). Sebenarnya pembelian pertama saya
ini sekadar ingin melihat dan memahami syarikat emas Public Gold.
Rabu, 27 Januari 2016
Memilih Wang Dinar Sebagai Salah Satu Bentuk Pelaburan Emas
Simpanan emas selain dalam bentuk
goldbar (jongkong), kita juga boleh simpan dalam bentuk dinar emas. Mungkin ada
antara kita yang tidak tahu atau keliru dinar ini emas atau apa. Dinar ini merujuk kepada mawatang yang
sinonim dengan dunia islam. Zaman
Rasulullah SAW, matawang dinar telahpun digunakan. Ada hadis yang menceritakan
bagaimana seekor kambing boleh dibeli dengan hanya 1 dinar. Jadi mudah faham, Ianya
memang emas tulen samada emas berkualiti 917 atau 999.9. Di Malaysia ini, dinar emas mula mendapat
perhatian apabila kerajaan negeri Kelantan mula mengeluarkan versi dinar
emasnya. Sekarang ini permintaannya mula
tinggi apabila kesedaran masyarakat mula meningkat dan atas sebab itu banyak
syarikat turut mengeluarkan dinar versi masing-masing. Antara dinar yang dikeluarkan dan dijual di
Malaysia ialah Dinar Kelantan, Dinar Public Gold dan juga Dinar Power Gold.
Langgan:
Catatan (Atom)