Rabu, 17 Februari 2016

Menyimpan Emas Dan Menjana Pendapatan Sebagai Dealer Public Gold



http://www.riduansalleh.com/
Saya bermula sebagaimana orang lain juga.  Mencari jawapan bagi simpanan emas yang terbaik.  Alhamdulillah, Allah mudahkan saya dengan terjumpa blog Mentor emas saya Tuan Zulkifli Shafie.  Di situ banyak sekali persoalan tentang emas yang dapat saya temukan.  Akhirnya saya mulakan dengan pembelian emas pertama saya di Public Gold dengan belajar Lock sendiri emas di website hasil panduan yang diberikan dalam blog Tuan Zulkifli.  Masa tu, saya cuma buat pembelian goldbar 1 gram.  Harganya rm 200, sedikit mahal berbanding membeli dengan cara Gold Accumulation Program(GAP).  Sebenarnya pembelian pertama saya ini sekadar ingin melihat dan memahami syarikat emas Public Gold.

Biasalah, orang baru dalam dunia emas mestilah ada rasa was-was.  Alhamdulillah langkah pertama itu membawa saya kepada jawapan yang saya mahukan.  Apabila sudah yakin dan faham tentang operasi Public Gold barulah saya menambah lagi simpanan emas.  Dan ditakdirkan Allah swt, rezeki saya dapat menjadi dealer emas syarikat ini.  Untungnya menjadi dealer, kita dapat jana pendapatan pasif dengan hanya menjadi introducer kepada pelanggan baru.  Untung simpan emas, untung juga dapat mulakan perniagaan emas.



Bagaimana hendak menjadi dealer Public Gold?


Biasanya akan ada pelanggan saya yang akan tanya bagaimana nak sertai Public Gold sebagai ejen atau dealer.  Biasanya, jika tiada promosi, kita perlu membuat belian Rm 30k (Normal Dealer), atau rm 200k (Priority Dealer) atau Rm 1 juta (Master Dealer) dalam satu resit untuk melayakkan kita menjadi dealer.  Walaupun jumlahnya besar, tidak ada sebarang yuran yang dikenakan untuk menjadi dealer sebenarnya.  Kita beli Rm 30k, kita akan dapat emas yang sama nilai serta automatik menjadi Normal Dealer dan layak mendapat komisen 1% dari nilai belian emas kita yang seterusnya atau yang dibeli pelanggan kita.  Kalaupun kita jual balik emas itu, kita tetap kekal sebagai dealer.  

http://www.riduansalleh.com/

Jika ada promosi dealer pula, syarat belian lebih rendah juga akan melayakkan kita menjadi dealer.  Sebagai contoh, untuk promosi terkini, belian emas secara GAP bagi 100 gram emas dalam satu resit, telah automatik melayakkan kita menjadi Normal Dealer.  Jika harga GAP rm 176 per gram, Maksudnya anda hanya perlu buat belian rm 17600 dalam satu resit dan menjadi Dealer sah PG. Jika anda buat belian 250 gram emas pula melayakkan anda menjadi Priority Dealer dan layak komisen 1.5%.  Jika ikut harga per gram di atas, jumlahnya rm 44000 sahaja. Jauh lebih murah berbanding Rm 200k jika tiada promosi.  Pesan saya, jika ada promosi begini, rebutlah kerana tempatnya terhad.  

http://www.riduansalleh.com/

Apa kelebihan menjadi Dealer PG?


#Komisen belian emas


Setiap kali anda atau pelanggan anda membuat belian emas, anda akan mendapat komisen bergantung kepada level dealer anda. Jika Normal dealer (1%), Prority Dealer (1.5%) dan Master Dealer (2%).  Contohnya, belian anda atau pelanggan di bawah anda beli rm 10000, anda layak mendapat komisen rm 100 jika anda Normal Dealer.


#Rebat apabila jual semula emas kepada PG


Selain komisen jualan, anda juga mendapat rebat 0.3% jika anda membuat jualan semula emas kepada pihak PG. Maksudnya, jika nilai emas kita jual itu rm 10000, maka kita mendapat rebat rm 30 daripada pihak PG.


#Peluang beli emas pada harga PG buy dan jual pada harga PG sell


Bila kita dah ramai pelanggan, ada masanya mereka hendak jual semula emas untuk guna tunai. Jika jual di PG, PG akan buat bayaran keesokkan harinya. Jadi jika mereka nak guna tunai dengan cepat, mereka boleh jual pada kita pada harga PG buy.  Kita untung sebab dapat beli emas pada harga yang rendah dan jika nak untung lagi, boleh terus jual emas tersebut pada pelanggan baru pada harga PG sell.  Sebagai contoh, pernah ada pelanggan mahu jual 1 dinar 916 dan saya buat belian pada harga PG buy iaitu rm 569.  Kemudian saya jual semula dinar tersebut kepada pelanggan baru pada harga PG sell rm  631 dan saya untung rm 62.  Itu baru 1 dinar.  Bayangkan jika ramai pelanggan kita, lagi tinggi peluang kita untuk beli pada harga PG buy.


# Perniagaan yang boleh diwarisi!


Ini salah satu kelebihan menjadi dealer PG.  Bila kita menjadi dealer, kita sebenarnya menjadi owner kepada perniagaan kita.  Apabila ramai pelanggan berdaftar di bawah kita, bermakna perniagaan kita semakin besar dan komisennya juga besar.  Sesetengah tempat, apabila kita dah menikmati pasif income yang baik, kemudian berlaku sesuatu kepada kita, pasif income kita turut terhenti.  Istimewanya di PG, jika berlaku kematian atau apa-apa kepada kita, komisen dan jumlah pelanggan yang ada akan dapat diwarisi oleh waris yang kita namakan.  Bagus bukan? Jadi usaha keras kita bukan sekadar untuk kita tetapi akan dapat dinikmati waris kita secara berterusan InsyaAllah.


Jadi jika anda berniat hendak menyimpan emas dan pada masa sama nak jana pendapatan sebagai dealer PG, saya nasihatkan cepat dapatkan promosi dealer terkini.  Ianya terhad untuk 100 pelanggan terawal sahaja.  Jika anda nak bersama saya membina perniagaan emas anda, hubungi saya untuk saya bantu InsyaAllah.


Semoga urusan kita semua dipermudahkan..

*Kemaskini promosi terbaru, Normal Dealer belian 80 gm GAP. Priority Dealer belian 250 gm GAP. Butiran seperti di gambar.

 


Mohd Riduan Salleh

PG authorized Dealer (PG00062653)

017-3843774
Kajang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan