Salah
satu keistimewaan menjadikan emas sebagai simpanan ialah kita dapat mencairkan
atau memperolehi wang tunai dengan mudah dan cepat melalui pajakan di Ar
Rahnu. Hari ini terdapat pelbagai syarikat yang menawarkan khidmat pajak
gadai islam Ar-Rahnu. Sebagai contoh, Ar-Rahnu Pos, Ar Rahnu Bank Rakyat,
Ar Rahnu Yapeim, Ar-Rahnu Agro Bank dan sebagainya. Perkembangan ini
sebenarnya memudahkan kita sebagai penyimpan untuk melakukan pajakan seandainya
kita terdesak untuk memerlukan wang.
Ini antara kelebihan Ar-Rahnu berbanding Pajak Gadai Konvensional:
-
Tidak ada unsur riba
-
Nilai Gadaian tidak merosot
-
Caj Perkhidmatan yang rendah
-
Tiada unsur penipuan semasa membuat timbangan
-
Tempoh bayaran balik yang munasabah
-
Pemberian notis kepada penggadai tentang upacara lelongan
-
Memberi nilai gadaian yang sepatutnya.
Ar-Rahnu
ini membuat keuntungan melalui kos upah simpanan sahaja. Jadi memang tiada
kadar faedah ke atas nilai simpanan. Sebab itu sebelum nak pergi
mana-mana kedai pajak, pastikan pilih Ar Rahnu berbanding yang
konvensional. Bagi penyimpan emas Public Gold, saya suka cadangkan anda
memilih Ar Rahnu Pos sebagai tempat utama untuk anda lakukan pajakkan.
Ini kerana, emas Public Gold adalah bertaraf LBMA dan ianya ber'seal'.
Kalau pergi Ar Rahnu selain Pos, pihak mereka syaratkan untuk membuka 'seal'
tersebut. Ingat ya, emas PG kalau buka 'seal' bila hendak jual nanti di consider
sebagai emas terpakai. Jadi susut nilainya 10 peratus.
Sebab
itu saya cadang terus ke Ar Rahnu Pos, sebab kita dah ada kerjasama dengan
pihak mereka dan emas kita diterima tanpa perlu dibuka 'seal'nya. Mudah bukan?
Proses nya juga cepat (sekitar 15 minit sahaja). Cawangannya juga banyak. Boleh
rujuk cawangan Ar Rahnu Pos di SINI.
Biasanya, Ar Rahnu Pos akan memberi pinjaman sehingga 75 peratus daripada nilai emas kita. Emas ini kita boleh pajakkan sehingga 6 bulan. Jika kita perlukan lebih masa untuk tebus, boleh lanjutkan sehingga 6 bulan lagi dengan syarat kita dah jelaskan kos upah simpan sebelum ini.
Untuk maklumat lanjut tentang Ar Rahnu Pos, Boleh rujuk DI SINI. Akhir kata, bagi penyimpan emas PG, saya suka cadangkan anda pertimbangkan Ar Rahnu Pos sebelum memilih pajak gadai yang lain. Semoga bermanfaat.
Mohd Riduan Salleh
PG 00062653
Public Gold Authorised Dealer
Kajang
0173843774
Tiada ulasan:
Catat Ulasan