Khamis, 21 Januari 2016

Tiga Cara Mudah Beli Emas Public Gold

Pada anda yang ingin memulakan simpanan emas Public Gold, tentu ada yang masih belum jelas tentang bagaimana untuk lakukan pembelian emas PG. Tidak apa, dalam post kali ini saya akan bantu anda untuk kenalpasti kaedah pembelian mana yang sesuai untuk anda.  Jika dah faham nanti InsyaAllah anda akan rasa betapa pembelian emas Public Gold ini semudah 1, 2 dan 3 sahaja.  Baiklah, secara mudahnya terdapat tiga kaedah pembelian yang boleh anda gunakan.  Kaedah ini saya bahagikan kepada 3 iaitu:

http://www.riduansalleh.com/


Pembelian Kaedah 1 : Beli Dengan Cara Walk in terus Ke Mana-mana Cawangan PG


Bagi anda yang lebih suka untuk buat belian terus ke cawangan, anda boleh pergi ke mana-mana cawangan Public Gold yang berdekatan dengan anda.  Anda boleh KLIK DI SINI untuk lihat senarai cawangan Public Gold. Suka saya ingatkan, had pembelian secara tunai di cawangan adalah tidak melebihi RM 3000. Kalau hendak beli lebih kena buat bayaran secara online Transfer ke akaun Public Gold.  Jika anda memilih kaedah ini, boleh letakkan saya sebagai Introducer anda (Mohd Riduan Salleh, PG 00062653).  Tidak rugi letak introducer supaya ada apa-apa masalah atau perlukan khidmat nasihat, saya boleh bantu anda.

Pembelian Kaedah 2 : Beli dengan cara LOCK Harga Online


Kaedah 2 ini paling mudah dan sering digunakan pelanggan. Untuk permulaan, boleh minta saya bantu LOCK kan harga online untuk anda(Hubungi saya Hp: 0173843774).  Selepas LOCK, anda boleh buat bayaran terus ke akaun Public Gold dan boleh ambil emas di cawangan Public Gold sekiranya stok ada.  Jika mahu saya bantu LOCK kan harga, boleh berikan maklumat berikut kepada saya iaitu (1) nama penuh, (2) no. i/c, (3) no. telefon, (4) email, dan (5) item yang nak dibeli, dan (6) tinggal / kerja area mana untuk saya kenalpasti cawangan Public Gold yang terdekat dengan anda. Nanti selesaikan bayaran ke terus akaun Public Gold dan boleh ambil emas terus dari pejabat Public Gold terdekat.  Jangan risau, maklumat anda dijaga dengan sangat cermat.  Kalau anda hendak belajar LOCK sendiri harga, boleh rujuk kepada LINK INI.

Pembelian Kaedah 3 : Membeli Dengan Kaedah GOLD ACCUMULATION PROGRAM (GAP)


Pembelian kaedah ini pula bagi saya sangat bagus untuk mereka yang nak konsisten buat simpanan emas dengan bajet bulanan sekitar RM150 -RM200.  GAP ini mudah fahamnya seperti akaun emas. Kita buat pembelian minimum 1 gram emas dan ianya akan dikemaskini dalam akaun kita baki emas 1 gram tersebut.  Seterusnya untuk buat penambahan boleh buat pada bila-bila masa sahaja. Hendak keluarkan emas pun boleh bila-bila masa dengan hanya telefon cawangan terdekat dan beritahu item emas apa yang kita mahu keluarkan berdasarkan baki emas dalam akaun.  Untuk tahu lebih lanjut membuka akaun GAP Public Gold ini, boleh rujuk DI SINI.

Inilah tiga kaedah yang boleh anda gunakan untuk dapatkan emas Public Gold.  Sekiranya anda perlukan khidmat nasihat dan perlu bantuan saya untuk beli emas, boleh hubungi saya di 017-3843774.  Boleh Call atau SMS/WhatsApp saya. InsyaAllah saya akan bantu anda mulakan simpanan emas anda.  

Semoga bermanfaat dan saya doakan anda dipermudahkan dalam apa jua urusan :)

Mohd Riduan Salleh
PG Authorized Dealer (PG 00062653) 
Kajang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan