Untuk
memulakan langkah menyimpan emas, ada pelbagai aspek yang perlu kita
pertimbangkan sebelum memilih emas keluaran syarikat mana sebagai permulaan.
Secara peribadi, saya memilih Public Gold kerana yakin dengan kelebihan
yang ada pada syarikat ini. Anda saya galakkan seboleh-bolehnya mengkaji
dahulu sebelum membuat keputusan membeli emas syarikat tertentu kerana jika
silap pembelian, anda boleh juga rugi walaupun membeli produk yang bernilai
ini. Di sini saya senaraikan 11 sebab utama mengapa saya memilih emas Public
Gold.
1)
Stok yang tiada Had
Sesetengah
syarikat menghadapi masalah dalam memastikan stok sentiasa ada terutama ketika
harga emas jatuh. Ketika ini ramai yang nak ambil peluang beli tetapi
kecewa bila stok emas tiada. Di Public Gold, hal ini tidak berlaku
memandangkan syarikat mempunyai kilang emas sendiri dan mempunyai kemampuan
menyediakan stok walaupun harga emas menjunam. Jadi kita boleh tambah
belian dengan mudah dan ambil peluang beli ketika harga rendah dan jual ketika
harga tinggi. Urusan jual beli juga mudah, 24 jam sehari, 365 hari
setahun (beli online).
2)
Kualiti Emas 999.9
Semua
produk emas Public Gold adalah emas berkualiti 999.9. Ianya mempunyai
sijil ketulenan yang disahkan dan mendapat pengiktirafan daripada London
Bullion Market Association (LBMA). (Emas laku di luar negara). Di Malaysia,
tidak banyak syarikat pengeluar emas yang mempunyai pengiktirafan ini.
Jadi kita tak perlu risau dengan ketulenannya.
3)
Spread (susut nilai yang rendah)
Susut
nilai yang rendah memudahkan kita mendapat keuntungan dalam jangka masa yang
cepat. Public Gold rata-rata mempunyai susut nilai yang rendah iaitu
antara 5 - 8 peratus sahaja. Semakin berat emas yang anda beli, semakin kecil
susut nilanya. Jika harga emas naik 20 % setahun, setelah tolak susut
nilai 8%, anda dah pun menikmati keuntungan sebanyak 12%. Angka ini tentu
lebih baik berbanding melabur dalam ASB atau Tabung Haji bukan?
4)
Harga produk emas jauh lebih murah berbanding kedai emas
Kenapa
saya kata begitu?, harga emas Public Gold adalah berdasarkan harga emas antarabangsa.
Ianya akan sentiasa dikemas kini setiap 20 minit di laman web Public
Gold. Jika emas dunia turun, Public Gold juga akan menurunkan
harganya. Berbeza dengan kedai emas, biasanya mereka tidak ikut
pergerakan harga dunia dan juga lambat untuk menurunkan harga, tetapi pantas
pula menaikan harga jika berlaku kenaikan harga emas. Jadi di Public Gold
kita akan dapat buat pembelian emas dengan harga jauh lebih murah berbanding
kedai emas lainnya.
5)
Jaminan belian balik
Apabila
beli emas, pastikan emas itu senang untuk dijual semula kepada syarikat.
Sesetengah syarikat senang menjual, tetapi cerewet pula untuk membuat belian
balik. Berbeza di Public Gold, syarikat memberi jaminan untuk membeli
balik emas walaupun emas tersebut ada kesan calar, kemek, bengkok dan
sebagainya. Asalkan berat emas tersebut sama Public Gold akan terima.
Ini
antara 5 sebab utama saya memilih emas syarikat ini. Anda boleh lihat kelebihan
syarikat lain dan bandingkan dengan Public Gold. Kemudian, buat keputusan mana
satu yang baik untuk anda.
6)
Kemampuan buat belian balik emas
Lazimnya, apabila harga emas naik, bagi mereka yang inginkan keuntungan, pastinya akan menjual balik emas tersebut. Di Public Gold syarikat telah membuktikan ketika harga emas naik, syarikat tidak mempunyai masalah untuk membuat belian balik kepada pelanggan. PG pernah membuat belian balik sehingga RM 8 juta sehari. Jadi kalau beli emas PG, tak perlu risau nak jual untuk dapatkan keuntungan ketika harga emas naik nanti.
7) Tiada beza harga antara ahli dan juga Dealer
Urusan jual beli emas di PG, sangat telus tanpa adanya perbezaan harga antara ahli atau dealernya. Kita tidak perlu laburkan sejumlah wang bagi menikmati harga ahli, sebaliknya semuanya perlu membayar harga yang sama sahaja mengikut apa yang dipaparkan di website.
8) Tiada yuran untuk menjadi agen Public Gold
Satu yang menarik di Public Gold, siapa sahaja boleh menjadi agen syarikat tanpa perlu membayar sejumlah wang untuk yuran menjadi dealer. Apa yang perlu kita buat untuk menjadi dealer atau agen hanyalah membuat pembelian emas dalam satu resit samada RM 30 ribu (Normal Dealer), RM 200K (Prioriti Dealer) atau RM 1 juta (Master Dealer). Pembelian dalam jumlah ini automatik melayakkan anda menjadi dealer pada masa sama mendapat emas yang sama nilainya.
Kalaupun anda tidak mahu jadi dealer, saya sangat suka cadangkan anda buat belian dalam jumlah ini sebab bila jadi dealer, anda akan dapat rebat belian sebanyak 1.0 peratus, 1.5 peratus atau 2.0 peratus bergantung kepada taraf dealer anda. Bila hendak jual emas nanti pun PG akan bayar lagi rebat 0.3 peratus. Maksudnya kita untung dapat rebat 1.3 peratus bagi pembelian emas kita (Normal Dealer).
9) Emas bebas GST - Anda jimat 6 peratus!
Emas Public Gold disertakan dengan pengiktirafan London Bullion Market Association (LBMA) jadi ianya tidak dikenakan GST. Jadi anda yang buat belian emas PG sangat beruntung kerana bayangkan sahaja kalau emas anda beli RM 10000, maksudnya GST sahaja RM 600!. Dah hampir boleh dapat 1 dinar. Ini belum lagi beli emas dalam jumlah yang lebih besar. Jadi kalau kita ada ruang untuk dapatkan emas dengan harga lebih murah, mengapa bersusah cari yang lain.
10) Sistem lock harga 24 jam sehari, 365 hari setahun
Sistem PG sangat mudah dan mesra pelanggan. Jika pelanggan mendapat panduan yang betul dari dealer atau sudah mahir dengan sistem lock harga PG, ianya pasti sangat menguntungkan. Mana tidaknya, kita boleh lakukan urusan lock harga dengan mudah dan cepat tanpa menunggu dealer atau pergi ke cawangan. Hanya dengan sedikit kemahiran asas internet, kita dah boleh lockkan harga online. Kelebihan lock online ini, kita dapat lock harga yang kita rasakan 'cantik' tanpa perlu tunggu dealer. Bila dah lock harga, walaupun seminit lepas itu harga naik berganda dari yang kita lock, kita tetap hanya perlu bayar harga yang kita dah lock tadi sahaja. Untung bukan?
11) Produk emas PG diterima meluas Ar Rahnu
Jika anda terdesak untuk cairkan emas, boleh pajakkan emas anda di mana-mana ar rahnu. Saya suka cadangkan anda buat pajakkan di Pos Ar Rahnu sebab syarikat dah ada kerjasama, jadi emas PG diterima dengan senang hati tanpa perlu dibuka plastik sealnya. Jika ar rahnu lain mungkin kena buka plastik jadi susut nilai akan jadi 10 peratus sebab dikira sebagai used gold. Pos Ar rahnu urusannya lebih mudah dan cawangannya pun banyak. Jadi pergi sahaja ke sini. Boleh dapatkan pembiayaan sehinggan 75 peratus dari nilai emas kita.
Jadi jika anda hendak mulakan simpanan emas anda, bolehlah pertimbangkan 11
kelebihan emas PG tersebut. Jika nak beli produk dan hendak tahu cara belian,
boleh klik di SINI
Semoga
bermanfaat,
MOHD
RIDUAN SALLEH
PG
00062653
PUBLIC
GOLD AUTHORISED DEALER
KAJANG
Tiada ulasan:
Catat Ulasan