Rabu, 27 Januari 2016

Memilih Wang Dinar Sebagai Salah Satu Bentuk Pelaburan Emas



www.riduansalleh.com
Simpanan emas selain dalam bentuk goldbar (jongkong), kita juga boleh simpan dalam bentuk dinar emas. Mungkin ada antara kita yang tidak tahu atau keliru dinar ini emas atau apa.  Dinar ini merujuk kepada mawatang yang sinonim dengan dunia islam.  Zaman Rasulullah SAW, matawang dinar telahpun digunakan. Ada hadis yang menceritakan bagaimana seekor kambing boleh dibeli dengan hanya 1 dinar. Jadi mudah faham, Ianya memang emas tulen samada emas berkualiti 917 atau 999.9.  Di Malaysia ini, dinar emas mula mendapat perhatian apabila kerajaan negeri Kelantan mula mengeluarkan versi dinar emasnya.  Sekarang ini permintaannya mula tinggi apabila kesedaran masyarakat mula meningkat dan atas sebab itu banyak syarikat turut mengeluarkan dinar versi masing-masing.  Antara dinar yang dikeluarkan dan dijual di Malaysia ialah Dinar Kelantan, Dinar Public Gold dan juga Dinar Power Gold.


Dinar Emas Kelantan


Dinar emas Kelantan dikeluarkan dengan kualiti 917.  Buat masa ini produk dinarnya terdiri dari ½ dinar, 1 dinar, 2 dinar, 5 dinar dan 8 dinar.  Cara pembeliannya boleh dilakukan samada melalui online http://kgt.com.my/ ataupun melalui wakalah yang dilantik Kelantan Golden Trade. Antara kelebihan dinar Kelantan ini ialah corak dinarnya yang cantik. Saya sendiri pun suka coraknya.  Kalau tidak fikirkan beberapa faktor penting dalam pembelian emas, tentu saya akan simpannya juga.  Susut nilai bagi 1 dinar ini juga rendah sekitar 7 peratus.  Namun kekurangannya pula, ianya sukar untuk dibeli untuk mereka yang dari luar Kelantan (bagi yang tak biasa dengan pembelian online). Harga jualnya juga agak tinggi bagi dinar yang emasnya berkualiti 917.  
www.riduansalleh.com


Dinar Emas Public Gold


Dinar emas Public Gold pula dikeluarkan dengan kualiti 999.9 (24k).  Sebelum ini keluaran PG adalah dinar 916 tetapi sekarang telah  digantikan dengan versi baru.  Ianya dikeluarkan dengan nilai ½ dinar, 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar.  Antara kelebihan dinar emas Public Gold ini, ianya dijual dengan harga yang jauh lebih rendah berbanding dinar Kelantan malahan emasnya juga lebih tinggi kualitinya iaitu 999.9 berbanding Dinar Kelantan (917). 



Design dan pakejing juga cantik serta yang lebih penting ianya dinar emas yang diiktiraf London Bullion Market Association (LBMA).  Maksudnya ia mudah untuk dijual diluar negara serta dikecualikan dari GST.  Jadi kalau beli emas RM 10000, kita jimat kos GST RM 600.  Hanya emas yang ada LBMA sahaja dikecualikan GST.  Susut nilainya juga rendah iaitu sekitar 6.5% - 8% sahaja.  Selain itu ianya mudah untuk dipajakkan ke ar rahnu. Untuk tahu ar rahnu mana terbaik untuk emas Public Gold, boleh KLIK SINI. Kekurangannya pula, ianya didatangkan dengan plastic ‘seal’.  Maksudnya emas itu kita tak dapat pegang dan ‘feel’ berbanding Dinar Kelantan. 

www.riduansalleh.com
 

Dinar Emas Power Gold


Syarikat Power Gold juga ada keluarkan dinar versi mereka yang didatangkan dengan ¼ dinar, 1 dinar dan 2 dinar dan juga bertaraf 999.9.  Saya tidak berapa arif dengan Power Gold tetapi dari segi harganya ada perbezaan antara ahli dan bukan ahli.  Maksudnya jika hendak beli dengan harga murah, kena jadi ahli dahulu dan ada bayarannya.  Saya tidak akan ulas lebih memandangkan saya memang tidak tahu tentang produk syarikat emas ini.  Cumanya jika hendak menyimpan emas, ini antara dinar emas yang ada dalam pasaran kita hari ni. 

www.riduansalleh.com


Jadi jika nak mulakan simpanan emas, bolehlah pertimbangkan dinar emas sebagai permulaan.  Secara peribadi saya sendiri sukakan dinar berbanding emas Goldbar.  Sifatnya yang cantik dan permintaan yang tinggi membuatkan saya suka cadangkan kepada pelanggan untuk simpan emas dinar berbanding Goldbar.  Jika anda berminat nak simpan dinar emas Public Gold, boleh hubungi untuk saya bantu Insya Allah.  Semoga bermanfaat.



MOHD RIDUAN SALLEH

PG 00062653

PUBLIC GOLD AUTHORISED DEALER

KAJANG
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan