Salam buat sahabat..sebenarnya saya malas untuk menulis
berkenaan hal ini, tetapi saya terpanggil juga untuk menulis memandangkan
banyak pertanyaan dari pelanggan dan bakal pelanggan yang suka membangkitkan
Public Gold syarikat milik cina. Bila sebut cina, maka ada antara kita yang
mula bersangka buruk bahawa orang cina ini tiada lain kerja melainkan nak
menipu dan menindas orang melayu. Terus terang, ya memang Public Gold syarikat
milik cina. Sungguhpun milik cina, emas yang dijual sebenarnya diambil dari
syarikat Nadir Metal Refinery Turki.
Ianya milik usahawan muslim. Jadi apa
masalahnya?
Sebelum menjadi dealer PG, saya pun macam orang lain juga.
Mencari produk emas terbaik untuk simpanan sendiri. Hasil dari bacaan dan pertimbangan,
saya pilih Public Gold dan Alhamdulillah pembelian saya turut melayakkan saya
menjadi dealer. Saya untung dapat jadi
dealer dan dapat emas sama nilai dengan belian yang saya buat. Jadi saya tak perlu leburkan duit saya
semata-mata nak dapatkan harga ahli. Jadi,
di mana masalah beli dengan syarikat cina ni?
Ada yang kata mereka lebih suka berurusan dengan syarikat
islam. Saya kata pula, ya saya setuju
bagus kita sokong dan berurusan dengan syarikat muslim, tetapi tiada larangan
juga untuk kita berjual beli dengan bukan muslim. Boleh rujuk tulisan Dr. Zaharuddin di SINI tentang hukum berjual beli dengan non muslim. Sahabat, tidak sedikit orang kita
yang guna nama islam tetapi tanpa segan menipu saudara seagamanya. Dan tidak sedikit juga bukan islam yang jual
belinya lebih islamik berbanding syarikat muslim. Jadi apa masalahnya ni?
Saya bukanlah tulis ini kerana saya ini dealer Public Gold,
tetapi saya menulis dari kacamata pembeli juga.
Sebagaimana saya nak yang terbaik untuk diri, begitu juga yang saya
nasihatkan untuk bakal pelanggan. Sebab itu, Mentor saya Tuan Zulkifli pesan, daripada
melayan sentimen ini, lebih baik kita semua ambil berat tentang beberapa
persoalan penting supaya kita mendapat harga belian balik emas dengan tinggi.
Lima persoalan tersebut :
1 Harga pergram yang rendah
2 Susut nilai yang rendah
3 Stok yang tiada had
4 Cawangan untuk jual beli banyak
5 Syarat jual beli yang tak cerewet
Jika sahabat pertimbangkan kriteria di atas, InsyaAllah
sahabat akan jumpa syarikat emas mana yang memenuhi persoalan di atas. Semoga kita semua mendapat manfaat dan
membuat keputusan yang terbaik untuk diri.
Mohd Riduan Salleh
Public Gold Authorized Dealer
0173843774
0173843774
Tiada ulasan:
Catat Ulasan