Biasanya bila kita ajak
kawan-kawan untuk buat simpanan emas, ramai yang berkerut sebab bagi mereka nak
beli emas ini mahal. Saya tak salahkan
mereka sebab kemungkinan besar mereka tidak arif dengan hal ini. Sebenarnya
kita bukan beli pun emas, kita Cuma tukarkan duit kita kepada bentuk emas.
Sebabnya emas itulah ‘the real money’.
Emas ini pelindung kepada nilai duit yang kita ada supaya tidak susut
nilainya dimakan waktu. Ini cabarannya untuk
kita tukar persepsi bahawa simpan emas itu jauh lebih baik berbanding simpan
wang fiat. Jika bank-bank pun simpan
emas sebagai rizab mereka, kenapa kita pula tak mahu lindung dan insurankan
simpanan kita? Dan duit kita itu tidak
hangus macam kita beli kereta atau benda lain yang pasti susut nilainya.
Sekarang ini nak mulakan simpanan
cukup mudah. Public Gold dah sediakan
platform yang sangat baik untuk kita mulakan langkah pertama. Program Gold Accumulation Program (GAP) ini
satu inisiatif nak galakkan orang kita simpan emas pada harga yang jauh lebih
rendah berbanding emas syarikat lain.
Konsepnya mudah, GAP ini seperti akaun emas di bank. Kita bank in duit yang sama nilainya dengan
harga semasa 1 gram emas (Maksudnya buat pembelian 1 gram emas)ke akaun GAP dan
dalam akaun kita akan dicatat baki 1 gram emas.
Kalau tiap-tiap bulan beli 1 gram emas cukup setahun ada 12 gram
emas. Mudahkan? Dengan hanya RM 100,
atau beli 1 gram emas, kita dah boleh buka akaun emas GAP kita di Public Gold.
GAP ini walaupun konsepnya
seperti akaun emas di Bank, ianya tetap disandarkan pada emas fizikal 100
peratus. Maksudnya kita boleh keluarkan
emas pada bila-bila masa dan di mana-mana saja cawangan Public Gold dengan
syarat tinggalkan baki minimum 1 gram dalam akaun untuk kekal aktif (kalau
keluarkan semua, maksudnya kita tutup akaun).
Jika nak aktifkan balik Public Gold akan caj RM 50.
Siapa Yang Sesuai Mulakan Simpanan
Emas Dengan Akaun GAP Ini?
# Mereka yang nak mulakan
simpanan dengan bajet Rm 150 – Rm 200 sebulan.
# Mereka yang nak simpan emas
tapi takut simpan dekat rumah. Simpan dalam akaun (hati tenang). Tak perlu
kalut fikir nak sorok emas di mana.
#Mereka yang tinggal jauh dari
cawangan PG. Jadi simpan dulu, ada masa sesuai aturkan masa untuk keluarkan
emas.
# Anak muda baru bekerja dan
pelajar yang memandang serius perihal kewangan masa depan.
# Mereka yang nak beli emas
Goldbar 1, 5 gram, dan ½ Dinar pada harga lebih rendah dari harga pasaran.
Kelebihan Membeli Emas Dengan
Kaedah GAP
# Urusan pembelian mudah, 24 jam
dan 365 hari setahun.
# Boleh pantau simpanan emas kita
secara online.
# Dapat beli emas dengan harga
per gram yang rendah.
# Harga berubah setiap jam 12
malam. Berbeza dengan harga bukan GAP yang sentiasa dikemaskini setiap 20
minit. Jika harga emas naik atau turun,
harga GAP tetap kekal dan hanya berubah selepas 12 malam sahaja.
# Proses pengeluaran emas lebih
mudah, Cuma bawa diri dan Kad Pengenalan sahaja ke cawangan untuk keluarkan
emas. (Kena Call cawangan bagitau emas apa kita nak keluarkan supaya Cawangan
boleh simpan stok untuk kita).
# Dapat nombor kod customer
Public Gold yang melayakkan kita dapat emas cabutan bertuah jika hadir ke
seminar emas percuma yang dianjurkan. (Tambah ilmu emas percuma dan peluang
dapat emas percuma)
Jika nak maklumat lanjut tentang
akaun GAP dan cara membuka akaun emas GAP ini boleh KLIK DI SINI.
Semoga ianya bermanfaat untuk
anda semua. Jika sudi, sebarkanlah
kebaikkan simpanan emas ini kepada orang yang terdekat dengan kita. Sama-sama kita membaiki dan mengukuhkan aspek
kewangan kita InsyaAllah..Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan.
Mohd Riduan Salleh (PG 00062653)
PG Authorised Dealer
Kajang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan