Kelebihan menyimpan emas dalam akaun GAP ini, jika ingin
jual semula emas kepada PG, kita boleh terus lakukan proses jualan secara
online sahaja. Langkah ini sangat mudah dan menjimatkan masa. Kita tidak perlu
keluarkan emas dalam bentuk fizikal sebaliknya boleh terus buat jualan dan
dalam masa 2 -3 hari, kita akan terima bayaran yang di masukkan terus ke dalam
akaun kita oleh pihak PG. Caranya bolehlah ikuti langkah di bawah.
# Langkah 1
LOGIN ke akaun My GAP kemudian, Klik Butang Buy Back. Seterusnya
Klik Butang Add New dan isikan berapa jumlah gram emas yang ingin dijual
seperti di bawah. Akhir sekali tekan butang Request.
# Langkah 2
Setelah Request, akan
ada rekod jualan kita di paparkan seperti rajah di bawah.
# Langkah 3
Kita boleh memantau status buy back kita dengan merujuk
kepada halaman utama GAP. Di bahagian Buy Back akan tercatat status sama ada
ianya masih request, confirmed atau Approved.
# Langkah 4
Setelah request, cawangan PG akan proses urusan penjualan
emas kita. Biasanya setelah jualan di
luluskan, duit akan dimasukkan ke dalam akaun kita dalam masa 2 – 3 hari
bekerja. Ini contoh jualan buy back yang saya lakukan. Prosesnya hanya memakan
masa 2 hari sahaja dan duit terus di masukkan ke akaun saya.
Semoga bermanfaat untuk anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan