Jumaat, 20 November 2015

Produk Emas Public Gold Yang Sesuai Bagi Permulaan Simpanan

Ada kalangan kita dah ada hasrat untuk menyimpan emas, tetapi masih keliru bagaimana dan apa produk emas yang sesuai untuk langkah pertama simpanan. Jika anda tanya saya, tentulah saya akan cadangkan produk emas Public Gold (Baca sebab kenapa saya pilih EMAS PUBLIC GOLD). Baiklah, untuk artikel ini saya akan beri cadangan kepada anda bagaimana untuk memulakan simpanan emas pertama anda.

Untuk memulakan langkah pertama anda, saya cadangkan anda boleh mulakan simpanan dengan akaun Gold Accumulation Program (GAP) Public Gold.

1) Beli Emas Melalui kaedah GAP

Beli emas melalui kaedah GAP ini konsepnya seperti kita membuka akaun emas di Bank. Kita beli ikut harga per gram dan ianya akan dikemaskini dalam akaun kita. Selesai pembelian, kita boleh semak penyata akaun emas kita atas talian (online). Saya ada terangkan konsep akaun GAP ini dalam artikel sebelum ini. Klik DI SINI untuk baca. Mudah faham, pembelian melalui cara ini membolehkan anda membeli item emas seperti goldbar 1 dan 5 gram, juga 1/2 dinar dengan harga yang jauh lebih murah berbanding cara belian biasa. Jangan risau tentang selamat atau tidak kaedah pembelian cara ini. Ianya 100% disandarkan pada emas fizikal dan anda boleh keluarkan emas pada bila-bila masa dengan hanya menelefon cawangan terdekat. Kalaupun berlaku sesuatu pada syarikat. Akaun GAP anda dilindungi dengan insuran. Jadi tak perlu risau. 

Lihat perbandingan harga belian cara GAP dan belian biasa di bawah:

http://www.riduansalleh.com/

Beli cara GAP, anda hanya bayar RM 163 bagi 1 gram emas. Cuba lihat Gold Bar 1 Gram bagi belian biasa, RM 200. Berapa beza tu? Lihat juga 5 Gram Gold Bar, harganya RM 970. Sedangkan kalau beli kaedah GAP harganya baru RM 163 x 5 gram = RM 815. Beza harganya sehingga RM 155!.  Jadi saya suka cadangkan anda mulakan simpanan anda dengan kaedah GAP.

Macam mana nak beli kaedah GAP ini? KLIK DI SINI.

2) Beli Emas 1 gram Gold Bar Cara Biasa

Kalau anda masih was-was atau hendak terus pegang emas dengan cepat, boleh buat belian cara biasa 1 gram Gold Bar ini.  Cara beli, boleh samada melalui saya, atau pergi ke cawangan. Pastikan letakkan nama saya MOHD RIDUAN SALLEH (PG 00062653) sebagai introducer anda supaya saya boleh bantu jika ada sebarang masalah. Sekarang ini anda juga dah boleh dapatkan emas di POS AR-Rahnu. Cuma harganya agak mahal sedikit berbanding beli terus melalui saya atau cawangan.

http://www.riduansalleh.com/



Kelebihan Gold Bar Public Gold ini susut nilainya rendah iaitu 8% sahaja. Jadi lebih cepat untuk dapatkan keuntungan.  Ianya juga diiktiraf sebagai emas LBMA yang mana secara tak langsung dikecualikan daripada GST.

Berminat nak dapatkan satu? Boleh rujuk di SINI.


3) Jika Bajet Tinggi, Beli 1 Dinar Public Gold.

Jika anda mempunyai bajet antara RM 600- Rm 700, saya cadangkan beli terus 1 dinar sebagai simpanan pertama.  Harganya tidak mahal dan mengikut harga per gram sebagaimana harga GAP. Berat 1 dinar bersamaan 4.25 gram (berat standard 1 dinar). Jadi kalau harga semasa 1 gram RM 163 x 4.25 = RM 693 (lebih kurang begitu harganya). 1 Dinar ini memang item emas yang sesuai untuk pelaburan. Juga mudah untuk dijual jika hendak guna duit dengan segera. Harganya boleh rujuk di web Public Gold.

http://www.riduansalleh.com/


Ketiga-tiga ini merupakan kaedah yang sesuai untuk anda fikirkan sebagai permulaan langkah simpanan emas anda.  Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau bantuan, boleh hubungi saya SMS/WhatsApp 0173843774 untuk saya bantu.

Semoga bermanfaat.

MOHD RIDUAN SALLEH
PG 00062653
Public Gold Authorized Dealer
Kajang
0173843774

Tiada ulasan:

Catat Ulasan