Rabu, 2 Disember 2015

Program GOLD ACCUMULATION PROGRAM PUBLIC GOLD (GAP), boleh percaya ke???



Sebagaimana yang saya terangkan dalam artikel GAP sebelum ini, Program Gold Accumulation Program (GAP) atau maksud melayunya, program pengumpulan emas, sebenarnya sama konsep seperti akaun emas yang ada di bank-bank. Anda tentu pernah dengar akaun simpanan emas Kuwait Finance House, Maybank, UOB dan sebagainya bukan. Jadi konsep simpanan GAP ini sama sahaja tetapi ianya 100 peratus disandarkan kepada emas fizikal (Beli emas, dapat emas).



Kenapa Public Gold wujudkan GAP??

Antara sebab mengapa Public Gold wujudkan akaun ini bertujuan menggalakkan masyarakat untuk memulakan simpanan emas mereka dengan harga yang paling minimum.  Jika dilihat, harga untuk item/produk emas Gold Bar di bawah 10 gram, dan ½ dinar agak mahal harga per gramnya berbanding produk lain.  Jadi untuk membantu mereka yang ada bajet kecil, membeli emas melalui simpanan akaun GAP ini memudahkan orang ramai memulakan simpanan emas dan membeli emas dengan harga yang rendah. Boleh lihat perbezaan harga di gambar bawah.

http://www.riduansalleh.com/


Masalahnya, boleh percaya ke??

Ini soalan yang saya selalu terima daripada bakal pelanggan. Jujurnya, saya sendiri mulakan simpanan dan menjadi dealer melalui pembelian/pembukaan akaun GAP. Apa yang saya bayar, itulah nilai emas yang saya dapat. Urusannya sangat mudah dan telus. Kita boleh semak pembelian dan memantau urusan pembelian dan pengeluaran (Macam akaun bank online).

Kata mentor saya Tuan Zulkifli Shafie, rugi mereka yang hendak simpan emas tetapi tidak kenal dengan Public Gold.  Bayangkan, Public Gold telah bersusah payah kembangkan perniagaan. Dari cawangan di Penang sehinggalah hari ini 18 cawangan seluruh Malaysia.  Emas pun dah dijual melebihi 4 tone.  Dan sehingga hari ini, tiada seorang pun pelanggan PG yang mengadu tak dapat emas yang mereka beli.  Dengan susah payah begini, takkanlah PG nak musnahkan reputasi yang mereka dah bina bertahun-tahun.

Masih tak boleh nak percaya??? Sahabat boleh semak dengan lebai Google atau klik LINK ini, baru sahaja Pos Ar Rahnu buat kerjasama perniagaan bersama Public Gold.  Siap jual produk PG lagi. Kalau sahabat tak percaya boleh beli sendiri walk in ke pejabat Pos yang ada Pos Ar Rahnu. Tetapi harganya mahal sedikit berbanding belian cara GAP ni.  Takkanla POS Malaysia nak buat urusan dengan syarikat yang nak menipu Tuan-tuan..sama-sama fikir ya..


http://www.riduansalleh.com/


OK..Dah Percaya…macam mana nak mula buka akaun GAP ni???

Cara buka akaun boleh KLIK SINI.  Kemudian kalau nak buat penambahan belian baru ke dalam akaun boleh KLIK SINI.  Tidak rugi kita mula menyimpan emas sebagai tabungan. Hari ini mungkin kita masih kabur, tetapi lihatlah 10 - 20 tahun akan datang, mungkin kita akan rasa inilah langkah kita yang paling baik INSYA ALLAH..Sesungguhnya nak mulakan langkah pertama itu sukar, tetapi bila dah bermula, insyaAllah semuanya jadi mudah.. 

Semoga kita semua dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezki..

MOHD RIDUAN SALLEH

PG 00062653 (AUTHORISED DEALER)

0173843774

KAJANG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan