Apabila menyimpan emas, satu perkara yang jangan diambil mudah ialah tentang zakat. Menyimpan emas jika cukup syaratnya maka adalah WAJIB bagi kita menunaikan tuntutan berzakat. Di sini mungkin ada antara kita yang kurang jelas bagaimana zakat emas itu dikira. Secara umumnya, zakat emas ini ada dua pembahagian. Pertama, zakat bagi emas simpanan. Kedua, Zakat emas bagi barangan perhiasan (yang dipakai).
1) Zakat Emas Simpanan
Zakat emas simpanan ini merujuk kepada emas yang langsung tidak digunakan (dipakai) dan hanyalah bertujuan untuk simpanan. Dalam konteks mudah faham, Jongkong emas atau dinar emas. Jika kita mempunyai emas simpanan yang menyamai atau lebih daripada 85 gram, jika cukup haulnya (kiraan setahun dari cukupnya 85 gram emas tersebut), maka wajib bagi kita untuk keluarkan 2.5% daripada nilai semasa harga emas tersebut.
Contoh : Anda mempunyai 85 gram emas (harga semasa emas RM 150)
Jumlah yang dikenakan zakat = 2.5% x RM 12750 = RM 318.75
2) Zakat Emas Perhiasan (dipakai)
Manakala bagi emas yang dipakai, jika beratnya melebihi uruf (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka wajib dikeluarkan zakat 2.5% daripada lebihan nilai emas tersebut. Uruf setempat ini pula berbeza bagi setiap negeri.
Contoh: Uruf setempat bagi wilayah Persekutuan ialah 150 gram.
cara kiraan : berat emas yang dipakai 250 gram.
Uruf setempat: 150 gram
Berat emas yang layak dizakatkan: 250-150 = 100 gram
Zakat yang wajib dikeluarkan: 2.5% x (100 gram x harga semasa) andaian harga semasa RM 150
Maka = 2.5% x 15000 = RM 375 (jumlah zakat yang dikenakan)
untuk lebih jelas, boleh rujuk laman web PUSAT ZAKAT . Mudah-mudahan artikel ini membantu anda untuk memahami pengeluaran zakat bagi simpanan emas ini.
Jom beli emas dengan murah. Klik di SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan