Sebelum membuat sesuatu pelaburan, adalah penting untuk kita
mengetahui sebab musabab mengapa pelaburan yang kita pilih itu pada akhirnya adalah
sebuah pelaburan yang menguntungkan. Sahabat,
di sini saya berikan beberapa sebab mengapa kita wajib melabur dalam menyimpan
emas:
1 – Harga emas yang sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang
Sejak dari tahun 2000 sehingga pada hari ini tahun 2015.
Berlaku peningkatan ketara harga emas iaitu daripada 252 USD/Oz kepada 1293 USD
/Oz. Jika dikira,ianya menunjukkan
kenaikan sebanyak 413% dalam masa 15 tahun ( bersamaan purata 27.53% setahun). Sahabat, kenaikan setahun ini tentu lebih
besar pulangannya berbanding membuat pelaburan dalam ASB atau Tabung Haji yang
biasanya diberi dividen sekitar 6-7% setahun.
2 – Mengekalkan kuasa beli dalam jangka masa panjang
Istimewanya Emas ini ialah keupayaannya mengekalkan kuasa
belinya walaupun berlakunya perubahan zaman.
Contoh yang paling mudah ialah bagaimana ketika zaman Rasulullah SAW,
seekor kambing dibeli dengan hanya 1 Dinar.
Pada hari ini, Emas membuktikan kuasa belinya tidak berubah kerana 1
Dinar pada hari ini nilainya tetap membolehkan kita mendapatkan seekor kambing!
Istimewa bukan? Bandingkan pula dengan wang fiat kita, apakah kambing yang
berharga RM 200 pada tahun 2000 masih boleh dibeli dengan RM 200 pada hari ini?
Tentu jawapannya tidak. Lihatlah bagaimana gagalnya wang fiat untuk mengekalkan
kuasa belinya.
3 – Wang kertas semakin susut nilai, Emas terus bernilai
Dalam jangka masa panjang, wang fiat akan semakin mengecil
nilainya. Saya rasa semua orang faham akan hal ini. Duit belanja zaman kita
sekolah dahulu tidak akan sama dengan duit belanja untuk anak kita pada hari
ini. Kenapa? Jawapannya kuasa beli wang
kita semakin merosot. Berbeza dengan
emas, ianya semakin lama semakin bertambah nilainya. Tidak pernah saya jumpa
orang yang menyimpan emas dalam tempoh masa yang panjang mengatakan rugi dengan
simpanan emasnya.
4 – Emas adalah aset yang mudah dicairkan
Apa maksud mudah dicairkan? Dalam ertikata lain, Emas mudah
untuk ditukarkan kepada wang tunai. Pada
hari ini, banyak sekali institusi pajak gadai islam yang ditubuhkan. Sebagai contoh, kita boleh memajakkan emas
kita kepada institusi seperti Ar Rahnu POS, Ar Rahnu Bank Rakyat, Ar Rahnu
Yapeim, Ar Rahnu Agro Bank dan lain-lain. Justeru ianya sangat mudah untuk
dicairkan dalam bentuk tunai.
Kebanyakkan institusi ini bersedia memberikan pinjaman antara 65%
sehingga 70% daripada nilai emas anda. Ianya sangat bermanfaat bagi golongan
yang menjalankan perniagaan bagi membuat pusingan modal dan memerlukan tunai
dengan segera.
5 – Emas tidak boleh dimanipulasi
SIfat emas yang sukar diperolehi menyebabkan ianya tidak
boleh dimanipulasikan mana-mana pihak. Berbeza dengan wang fiat yang boleh
dimanipulasikan. Lihat sahaja kes di Negara
luar seperti Zimbabwe, wang yang dicetak sesuka hati akhirnya hanya membuatkan
wang tersebut hilang nilainya. Begitu
juga duit daun pisang yang terkenal semasa zaman penjajahan Jepun suatu masa
dahulu. Hinggakan hendak membeli telur
sahaja memerlukan kepada berguni duit kertas.
Lima fakta di atas adalah sebab mengapa Emas itu dikatakan
sebagai suatu pelaburan yang menguntungkan. Jadi tentu sahabat boleh fikirkan
mengapa kebanyakkan mereka yang celik kewangan, dan jutawan, cenderung memilih
untuk menyimpan kekayaan mereka sama ada dalam bentuk aset hartanah atau juga
Emas berbanding sekadar menyimpannya dalam bentuk wang fiat. Jom sama-sama fikirkan.
Saya doakan kita diberi kemudahan dalam
merancang kewangan kita dan keluarga. AMIN.
Sahabatmu,
Mohd Riduan Salleh (PG 00062653)
Public Gold Authorized Dealer
Kajang
SMS/WhatsApp 017-3843774
Tiada ulasan:
Catat Ulasan