Bismillah..Dengan nama Allah yang memudahkan segala urusan hambaNYA. Alhamdulillah saya diberi rezeki untuk bersama berkongsi sedikit pengetahuan saya tentang emas pada sahabat semua. Asalnya saya memilih menyimpan emas sebagai tabungan keluarga dan anak. Namun setelah pembacaan, lebih banyak kebaikan dan manfaat yang saya temui berkaitan simpanan emas ini. Maka atas rasa tanggungjawab, saya fikir sahabat-sahabat juga perlu didedahkan tentang hal ini.
Ini merupakan artikel pertama saya tentang emas. Insyaallah akan saya kongsikan lebih banyak pada masa hadapan. Sahabat, perasan atau tidak, nilai wang kertas kita sentiasa meyusut. Pada hari ini, dengan nilai RM 50, berapa sangatlah barangan yang boleh kita beli. Berbeza dengan 10 tahun yang lalu. RM 50 tentulah besar nilainya. Jadi ini apa maksudnya? jelas wang kertas kita tidak kalis inflasi. Nilainya semakin menyusut saban hari. Lihat gambar di bawah ini. Ini yang berlaku apabila wang dicetak secara berlebihan sehinggakan nilainya tiada.
Atas kesedaran inilah membuatkan saya terfikirkan alternatif lain untuk melindungi duit simpanan. Akhirnya saya temui jalan bahawa hanya dengan menyimpan emas kita boleh atasi masalah ini. Ajaib bukan, tetapi inilah realitinya. Pada zaman Rasulullah S.A.W, dengan hanya 1 dinar emas, boleh membeli seekor kambing. Pada hari ini, 1 Dinar bersamaan RM 700, yang mana ini juga merupakan harga semasa bagi seekor kambing. MasyaAllah, lihatlah bagaimana emas ini mengekalkan kuasa belinya. Berbeza dengan wang ringgit bukan?
Hal inilah yang meyakinkan saya bahawa tidak ada ruginya menukarkan wang kita ke dalam bentuk emas fizikal. Malah dalam jangka masa panjang, InsyaAllah akan lebih menguntungkan. Jika sahabat hendak memulakan simpanan emas, mulakan sekarang. Jangan bertangguh kerana harga emas dalam jangka masa panjang sentiasa meningkat. Jika sahabat ingin tahu emas yang sesuai untuk simpanan atau sebarang pertanyaan lain, boleh sahaja hubungi saya, InsyaAllah.
Mohd Riduan Salleh (PG 00062653)
Public Gold Authorized Dealer
Kajang
SMS/WhatsApp 017-3843774
Tiada ulasan:
Catat Ulasan