Untuk mendapatkan keuntungan yang maksimum ke atas pelaburan
emas, terdapat beberapa faktor penting yang perlu diberi perhatian sebelum kita
bercadang membuat pembelian. Dalam artikel ini saya senaraikan 3 faktor yang sering menjadi pertimbangan mereka yang berkecimpung dalam pelaburan emas.
Pertama – Spread atau susut nilai yang rendah.
Spread atau susut nilai bermaksud perbezaan antara harga
belian dan harga jualan. Bagi mengira susut nilai ini, formula berikut
diperlukan:
Contoh pengiraan 1 Dinar Emas Public Gold:
Dalam pengiraan di atas didapati jumlah susut nilai bagi 1
Dinar emas Public Gold adalah sekitar 8 %. Jika berlaku kenaikkan harga emas 10
%, ini bermakna anda sudahpun mendapat keuntungan sekitar 2 %. Secara mudahnya, semakin kecil nilai spread, semakin
cepat anda mendapat keuntungan.
Kedua - Kemampuan
Syarikat Emas menyediakan stok.
Sebelum membeli emas, perlu juga dilihat aspek kemampuan
sesebuah institusi dalam menyediakan stok emas pada harga semasa. Hal ini penting kerana sering terjadi keadaan
institusi kehabisan stok emas dan tidak boleh dibeli walaupun ketika itu harga
emas sedang turun. Dalam hal ini saya
cenderung untuk membeli emas daripada syarikat Public Gold kerana stok emasnya
tiada had. Boleh beli pada bila-bila
masa dan urusniaganya 24 jam sehari.
Ketiga – Emas Senang beli dan Senang Jual
Seperti faktor kedua tadi.
Pastikan item emas tersebut senang untuk dibeli dimana jika berlaku
penurunan harga, stok tetap ada.
Cawangan kedai tersebut pula banyak supaya urusniaga jual beli lebih
mudah. Banyak syarikat emas boleh
menjual stok emas tetapi tidak banyak yang mampu membuat belian balik sekiranya
pelanggan hendak menjual kembali emas.
Hal ini tidak berlaku di Public Gold.
Pelanggan diberi jaminan setiap emas yang hendak dijual kembali akan
diterima oleh Public Gold. Walaupun emas
berada dalam keadaan yang tidak sempurna, syarikat tetap memberi jaminan untuk
membeli semula. Ada sesetengah syarikat
atau bank, meletakkan syarat tertentu sekiranya berlaku kecacatan atau
kerosakan pada emas, akan memberi kesan kepada pembelian semula. Sudahlah susah untuk membeli, susah pula
untuk menjual semula.
Mudah-mudahan kita semua beroleh manfaat daripada perkongsian
ini.
Sahabatmu,
Mohd Riduan Salleh (PG 00062653)
Public Gold Authorized Dealer
Kajang
SMS/WhatsApp 017-3843774
Tiada ulasan:
Catat Ulasan