Ada kalangan kita yang berminat hendak menyimpan emas tetapi terbantut hasrat melihat harga emas agak mahal bagi item yang kecil seperti Gold Bar LBMA 1 gram, 5 gram, dan 1/2 Dinar. Atas sebab itu, Public Gold telah membuat satu inisiatif kepada semua untuk menyimpan emas dari serendah 1 gram dengan harga yang jauh lebih murah. Program ini namanya GOLD ACCUMULATION PROGRAM (GAP). Jika anda lihat harga item emas Gold Bar 1 gram di website, harganya dalam lingkungan RM 200. Tetapi dengan belian secara kaedah ini anda boleh membeli 1 Gram emas dengan harga (ketika artikel ini ditulis) RM 162 sahaja. Bezanya sehingga RM 38!.
Jadi ini merupakan satu peluang yang sangat baik untuk kita mulakan simpanan emas dengan harga yang jauh lebih rendah. Konsepnya hampir sama seperti akaun emas. Kita menyimpan wang kita ke dalam akaun GAP dan ianya ditukarkan dengan nilai emas. Jika kita bayar RM 162 (harga semasa), maka dalam akaun kita akan tercatat baki 1 gram emas.
Ini ringkasan akaun GAP agar ianya mudah kita fahami:
1 - Simpan emas secara percuma tanpa sebarang yuran. Tiada had jumlah pembelian.
2 - Boleh tambah emas bila-bila masa dengan gandaan 1 gram dan urusan niaga 24 jam sehari.
3 - Boleh keluarkan emas pada bila-bila masa dan di mana-mana cawangan Public Gold.
4 - Boleh keluarkan emas tetapi perlu tinggalkan baki 1 gram emas bagi pastikan akaun emas aktif. Jika hendak aktifkan akaun semula Public Gold akan caj RM 50.
5 - Pembelian dengan cara ini tetap tertakluk kepada caj premium sebagaimana pembelian biasa.
Jadi pada sesiapa yang nak mulakan simpanan, ini adalah cara yang paling mudah dan senang. Dengan hanya pembelian secara konsisten 1 Gram setiap bulan (Bajet antara RM150 ke RM200) dalam masa setahun kita sudah kumpul 12 gram. Satu alternatif simpanan yang baik khususnya untuk keluarga dan anak-anak.
BAGAIMANA NAK BELI, BUKA AKAUN GAP?
LANGKAH 1 : BANK IN/ DEPOSIT DUIT KE AKAUN GAP PUBLIC GOLD
Bank-in duit ke 5571-3923-8048 (Maybank) atau 3167-52-0833 (Public Bank) atas nama “PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD”.
TETAPI sebelum anda bank in duit, semak dahulu harga semasa GAP di website Public Gold. Harga 1 gram GAP ini setiasa berubah selepas jam 12 malam. Jika hendak beli hari ini, bayar harga hari ini. Jika hendak beli esok, bayar harga esok. Lihat rajah di bawah. Bank in ikut harga 1 gram, bukan RM 100 kerana takut tidak patuh syariah.
LANGKAH 2 : HANTAR MAKLUMAT BELIAN
Lepas anda bank in / transfer duit, hantarkan maklumat pembelian melalui whatsapp ke 017-486 6916 (simpan no. telefon PG bahagian GAP ini) untuk Public Gold keluarkan GAP Statement. Ikut format rajah di bawah.
Jika anda tidak gunakan aplikasi WhatsApp, boleh emailkan slip bayaran ke gap@publicgold.com.my bersama dengan maklumat pembelian. Sekiranya anda hendak letakkan saya sebagai introducer, boleh cc kan email tu kepada Rihuda230@yahoo.com supaya senang untuk saya sekiranya perlu buat follow-up dengan Public Gold.
Kalau anda baru pertama kali beli emas Public Gold, boleh letak nama saya atau mana-mana dealer sebagai introducer. Tidak rugi letak nama introducer supaya sekiranya ada perkara sulit yang anda hadapi, dealer boleh buat follow-up dengan Public Gold.
LANGKAH 3 : TERIMA PENGESAHAN PEMBELIAN DARI PUBLIC GOLD
Dalam masa dua hari (48 Jam) pembelian, anda akan terima emel pengesahan pembelian/pembukaan akaun GAP anda. Dalam emel tersebut juga, anda akan menerima USERNAME dan PASSWORD untuk anda membuat semakan GAP statement seperti di bawah. Caranya, anda pergi ke web rasmi Public Gold, klik butang LOGIN dan kemudian pilih My GAP.
Dalam statement anda nanti boleh lihat update untuk baki emas anda di dalam akaun. Sekiranya anda bercadang untuk menambah belian, boleh rujuk CARA MENAMBAH BELIAN GAP. Itu sahaja langkah untuk membeli emas kaedah GAP.
Jika anda ingin keluarkan emas, caranya hanya telefon cawangan yang terdekat dengan anda. Pegawai bertanggungjawab akan tanya butiran dan anda dah boleh pergi ambil emas sekiranya stok ada. Masa pengeluaran nanti, barulah anda buat bayaran caj premium seperti yang saya terangkan di atas. Kos premium bagi item emas adalah seperti di bawah.
Jika Tuan/Puan ingin menjual semula emas yang ada dalam akau GAP kepada pihak PG, boleh rujuk DI SINI. Semoga bermanfaat. Jika perlukan bantuan boleh hubungi saya untuk saya bantu InsyaAllah.
MOHD RIDUAN SALLEH
PUBLIC GOLD AUTHORIZED DEALER
PG 00062653
PG 00062653
0173843774
KAJANG
Tiada ulasan:
Catat Ulasan