Salam buat sahabat..selalu duk menulis pasal artikel
emas, hari ni saya update sikit cerita berkenaan cara untuk hasilkan menu tab
di blog. Bila ada menu ni baru nampak tersusun
sikit tulisan saya. Maklumlah blog ni saya guna sebagai platform kongsi ilmu
emas dan juga kisah kehidupan. Jadi bila dah mula banyak post, nampak berserabut
pula. Bagi yang dah biasa dengan dunia blog tentu dah tahu caranya, tapi saya
kongsikan juga buat sahabat di luar, mana tahu ada yang dapat manfaat sebab
saya sendiripun belajar melalui blog dari sahabat di Indonesia. Saya tak jumpa tutorial dari Malaysia. Jadi
saya kongsikan. Boleh ikut langkah saya bagi ni :) Langkah 1
Pastikan anda ada blog dan juga entri post yang dah
di publish. Lagi banyak post lagi bagus
sebab setiap post ada kategori/label yang anda dah set kan. Bila banyak post
boleh buat lagi banyak menu tab.
Langkah 2
Pergi ke dashboard – Klik Layout – Klik add gadget
di bahagian Cross column.
Langkah 3
Kemudian akan keluar pop-up, pilih Pages seperti
rajah di bawah.
Langkah 4
Klik add external Link seperti rajah di bawah.
Langkah 5
Akan keluar pop-up sekali lagi. Masukkan nama untuk
menu tab anda. Contoh saya masukkan menu tentang saya. Dibahagian web address masukkan link (URL) post
anda (pastikan ada post tentang diri anda).
Langkah 6
Anda akan dapati menu anda dah berjaya di buat.
Berapa banyak anda nak hasilkan menu terpulang. Di bahagian ini juga anda boleh
susun menu mengikut keutamaan atau terpulang kepada bagaimana yang anda mahu.
Langkah 7
Akhirnya anda akan dapati menu tersebut jadi seperti
di blog saya ini. Seeloknya rancang dahulu menu apa yang anda nak wujudkan
sesuai dengan artikel, penulisan yang anda hasilkan. Sekian sahaja caranya. Semoga
bermanfaat sahabat :)
Mohd Riduan Salleh
Public Gold Authorized Dealer






Tiada ulasan:
Catat Ulasan